Thursday, 17 January 2013

MINIT MESYUARAT KELAB PENCEGAH JENAYAH SK PEKAN PITAS 2013.



TARIKH   : 17. JANUARI.2013
MASA      :  2.00 PETANG.
TEMPAT  :  BILIK GERAKAN SK PEKAN PITAS.

KEHADIRAN.
1.  En Benanta Salleh (Guru Besar)
2.  En Manikaraja (Pegawai Perhubungan Polis)
3.  En Mohd Tassin Aning (PK Kurikulum)
4.  Pn Siti Arfah Hj Abdul Hakim (PK HEM)
5.  Pn Dg Saadiah Hj Ahmad (PK KOKUM)
6.  En Faizul Fazil (Guru Disiplin)
7.  Pn Hjh Farikhah Hj Mohamad
8.  Pn Supiah Abdul Said
9.  Pn Ruby Rona Rita Abdul Razak
10. Pn Asiah Lee Ah Din
11. Cik Radiah Sabin
12. En Rawi Rekan


AGENDA.

1.  Ucapan pengerusi.
2.  Ucapan penaung.
3.  Taklimat oleh Pegawai Perhubungan Polis.
4.  Pembentukan Ahli Jawatankuasa Kelab Pencegah Jenayah peringkat sekolah.
5.  Cadangan aktiviti atau program Kelab Pencegah Jenayah bagi tahun 2013.
6.  Hal-hal lain.



Bil
                                                 Agenda
    Tindakan
  1
Ucapan Pengerusi.
1.1  Mesyuarat dimulakan dengan ucapan terima kasih di atas  
       kehadiran Pegawai Perhubungan Polis iaitu En Manikaraja,guru
       besar dan semua guru.

1.2  Pengerusi menerangkan tujuan sebenar mesyuarat ini diadakan.

1.3  Pengerusi juga menerangkan tujuan penubuhan Kelab Pencegah
       Jenayah di sekolah.
       1.1.1  Logo Kelab Pencegah Jenayah.
       1.1.2  Latar belakang Kelab Pencegah Jenayah
       1.1.3  Matlamat penubuhan Kelab Pencegah Jenayah.
       1.1.4  Moto Kelab Pencegah Jenayah
       1.1.5  Objektif Kelab Pencegah Jenayah.
       1.1.6  Peranan ahli Kelab Pencegah Jenayah.



Puan Siti Arfah
 PK HEM.
  2
Ucapan penaung.
2.1  Guru besar selaku penaung kelab ini, memulakan ucapan ribuan
       terima kasih di atas kesudian Pegawai Perhubungan Polis dan
       semua guru hadir ke mesyuarat kali pertama penubuhan ahli
       jawatankuasa Kelab Pencegah Jenayah peringkat sekolah.

2.2  Guru besar juga berharap penubuhan Kelab Pencegah Jenayah
       di sekolah akan dapat membantu mengatasi masalah disiplin
       murid-murid di sekolah ini.



Guru Besar

  3
Taklimat oleh Pegawai Perhubungan Polis.
3.1  Taklimat yang disampaikan adalah berkaitan dengan:
       3.1.1  Pencegahan jenayah.
       3.1.2  Mengenal pasti jenayah di sekolah.
       3.1.3  Cara-cara mengatasi jenayah.

Pegawai Perhubungan
Polis.
 4


Penubuhan Ahli Jawatankuasa Kelab Pencegah Jenayah Peringkat
Sekolah.
4.1  Ahli Jawatankuasa Kelab Pencegah Jenayah SK Pekan Pitas.
       4.1.1  Guru
       4.1.2  Murid

4.2  Carta Organisasi Kelab Pencegah Jenayah seperti dalam
       lampiran.




 5
Cadangan Aktiviti Kelab Pencegah Jenayah bagi Tahun 2013.
5.1  Aktiviti  Kelab Pencegah Jenayah SK Pekan Pitas.
       5.1.1  Ceramah dan Dialog.
                 -  Pencegahan jenayah oleh Pegawai Perhubungan Polis.
                 -  Antibuli.

       5.1.2  Kursus,Bengkel dan Seminar.
                 -  Pembentukan keterampilan diri.
                 -  Pembentukan sahsiah murid.

       5.1.3  Kempen.
                 -  Antijenayah.
                 -  Antimerokok.
                 -  Antibuli.

       5.1.4  Perkhemahan.
                 -  Perkhemahan Jati Diri.
                 -  Kem Motivasi untuk murid berisiko tinggi.

       5.1.5  Pertandingan.
                 -  Melukis poster.
                 -  Mewarna gambar.

      5.1.6  Penerbitan.
                -  Menerbitkan buletin Kelab Pencegah Jenayah.
                -  Mengedarkan berita-berita berkaitan dengan pencegahan
                   jenayah.
      

  6
Hal-hal lain.
6.1  Menetapkan yuran ahli kelab Pencegah Jenayah.

6.2  Bendahari memerlukan buku log.

6.3  Resit bagi yuran Kelab Pencegah Jenayah diperlukan.

6.4  Jika ada pertambahan ahli Kelab Pencegah Jenayah sila
       berhubung terus dengan En Faizul Fazil (Guru disiplin)
       atau Pn Asiah Lee Ah Din (Guru Penyalaras KPJ).


 

 

0 comments:

Post a Comment